Monday, May 17, 2010

ExSEMENTAB 86 - 90'

Ermmm..kali ni aku nak berkarya al-kisah kenangan zaman persekolahan menengah aku. agak2nya mana la pergi semua kekawan yang sama2 bersekolah ngan aku dulu di Sek.Men TaT Beng. Seronok bila teringat kembali zaman persekolahan, kalau ade la mesin "timezone" nak juga rasanya aku kembali ke zaman tu... Antara kekwn aku ni ader yang dah kembali ke rahmatullah yang paling aku ingat ialah arwah Zaini, dia mmg rapat ngan aku dr zaman sekolah rendah hingga ke menengah.. tapi ajal dia sampai dulu..Kami berkwn sehinggalah arwah bekerja di Kuala lumpur kilang Panasonic kat Sg.way dan aku bekerja sebagai Ahli Bomba di Damansara.Kami selalu kuar bersama.. aku pernah pergi ke sunway lagooon and Genting bersama arwah. Arwah mendapat rezeki yang baik apabila beliau di tawarkan masuk ke Maktab perguruan di Kedah. Kami berpisah selepas itu.. Paling mengejutkan berita pertama setelah kami berpisah arwah telah terlibat dengan kemalangan bersama rakan karib aku juga iaitu suhaimi..geng kamceng aku ..jadi aku kehilangan dua sahabat karib secara serentak. Mereka terlibat kemalangan di Bt8 Jalan Trong-Taiping pada hari jumaat. Aku bleh agak plan dorg ni merancang untuk ke Taiping selepas solat jumaat. dah akhirnya kedua-dua telah kembali ke rahmatullah buat selamanya..Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

No comments: