Monday, May 17, 2010

ExSEMENTAB 86 - 90'

Ermmm..kali ni aku nak berkarya al-kisah kenangan zaman persekolahan menengah aku. agak2nya mana la pergi semua kekawan yang sama2 bersekolah ngan aku dulu di Sek.Men TaT Beng. Seronok bila teringat kembali zaman persekolahan, kalau ade la mesin "timezone" nak juga rasanya aku kembali ke zaman tu... Antara kekwn aku ni ader yang dah kembali ke rahmatullah yang paling aku ingat ialah arwah Zaini, dia mmg rapat ngan aku dr zaman sekolah rendah hingga ke menengah.. tapi ajal dia sampai dulu..Kami berkwn sehinggalah arwah bekerja di Kuala lumpur kilang Panasonic kat Sg.way dan aku bekerja sebagai Ahli Bomba di Damansara.Kami selalu kuar bersama.. aku pernah pergi ke sunway lagooon and Genting bersama arwah. Arwah mendapat rezeki yang baik apabila beliau di tawarkan masuk ke Maktab perguruan di Kedah. Kami berpisah selepas itu.. Paling mengejutkan berita pertama setelah kami berpisah arwah telah terlibat dengan kemalangan bersama rakan karib aku juga iaitu suhaimi..geng kamceng aku ..jadi aku kehilangan dua sahabat karib secara serentak. Mereka terlibat kemalangan di Bt8 Jalan Trong-Taiping pada hari jumaat. Aku bleh agak plan dorg ni merancang untuk ke Taiping selepas solat jumaat. dah akhirnya kedua-dua telah kembali ke rahmatullah buat selamanya..Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

Wednesday, May 5, 2010

Warisan..

Ermmm..lama gak tak memblog, takde idea..stress ngan keadaan keje yang entah apa2 entah..Al-kisahnya aku nak citer pasal warisan seni ni..dah lama aku tempah pisau ngan sarung kat "pak Jang" di kampung aku..Hasil seni buatan tangan beliau memang membanggakan..aku kagum ngan bakat beliau..dah takde anak melayu yang akan mewarisi bakat seperti tu.."Pak Jang" ni memang famous la orangnya..sapa2 yg nak buat ulu n sarung pisau sure "pak Jang" lah org yang sesuai untuk membuatnya.. Upah mengikut jenis kayu dah rekaan. Tapi bila org tengok hasilnya ..sure rasa bebaloi ngan upah. Jadi aku pun tempah lah 2 bilah.. untuk simpanan ..nanti bleh citer kat anak2 siapa yang membuat nya..mungkin masa dorang nanti ..dah takde semua ni...

Sunday, February 14, 2010

XTVT PEMUDA UMNO

slmz... kali ni aku nak tunjuk kat hangpa xtvt yg kami buat dihujung minggu,destinasi dia kat tempat persinggahan terakhir kita ..iaitu KUBUR!!!!!. So kami pemuda-pemuda didalam khairiah Surau Sg.Nyior iaitu terdiri dr pada pemuda2 kg.sg nyior, sg.baru, kg.jawa dan yg sewaktu dengan nya dpt meluangkan masa di pagi ahad 7/2/10.datang seawal pagi ke tanah perkuburan Sg.nyior bagi bersama-sama dengan Ketua Pemuda Parlimen Bkt Gantang dan beberapa AJK Pemuda untuk membina papan tanda tanah perkuburan hasil sumbang semua pemuda2 di dalam kampung dan juga Sumbangan dari KP Bkt Gantang iaitu Saudara TEN. Walaupun kehadiran tidak memuaskan tetapi kami berjaya menaikan tiang untuk meletakkan papan tanda tersebut.Hasil titik peluh kami akhirnya berjaya juga. Ini lagi satu perkembangan yang positif oleh Pemuda UMNO untuk membuktikan kesungguhan kami membela dan mempertahankan kekuatan Melayu tidak seperi pembangkang yang hanya gah dengan siri2 ceramah tetapi tidak ada hasil yg membuktikan mereka sayangkan perpaduan dan Melayu. Syabas untuk semua, semoga ALLAH memberkati apa yang telah kita lakukan dengan niat yang ekhlas. Aminnnn..

Friday, February 12, 2010

Ermmmm..wangian untuk lelaki, dah lama aku tak memilik wangian ni,dulu2 masa zaman ekonomi stabil aku pakai gak la wangian dari BodyShop ni...lepas pada tu ..dah tak pakai2...sebab nak beli al maklum la..harga bleh tahan. Jadi skrg ni bila ada belen2 cikit tu aku mula berani2kan diri...ermm mmg best bau dia..rasa segar jer..teringat masa aku pakai benda2 ni semua...huhu..kenangan di Pantai timur. So anyway bukan aku nak berlagak ke apa ke ... juz nak share kekadang sesuatu benda tu bila kita ulangi kembali sure ader kenangan terindah kan..dari segi bau ke, pakai ke , lagu2 ke...sure angpa pun ada kenangan mcm tu..apa2 pun setiap detik yang ditinggalkan tu akan menjadi kenangan dalam hidup kita buat masa kini sebelum kita di persinggahan terakhir...emm ade storie pasni..pasal persinggahan terakhir..tngguuuu.

Thursday, February 11, 2010

XTVT UJUNG MINGGU

Slmz...dah lama tak memblog ni, rasanya nak mula balik apa yg aku tinggalkan dah lama dulu. So nak dimulakan citer aku ni..emmm al kisah nya tentang main paintball lah..kekwn kat tempat keje baru aku ni suka main paintball, tiap2 bulan pi main paintball kat Gopeng/Jahang.So untuk memeriahkan suasana dan nak menckupkan batalion perang cat ni..aku pun join..seronok giler beb!!..mcm nak mati rasanya nak abiskan 500 pallet ngan bayaran sebyk RM75henget sorang.. tumporr.. teman yob oii.. apa2 pun mmg enjoy n dpt relase gak tensen masa keje tu. emmm kat sini aku letak beberapa keping gambar kenangan untuk angpa tengok and komen2 k...huh.

Monday, February 16, 2009

BASA BASA BESATU

Jomm.Ngail....meh iku geng kami mancing...nak rasa adventure kena gigit nyamuk,berjemur panas..letih meredah hutan, paya bukit bukau...mai ikut kami.

Tuesday, December 16, 2008

Lion Xcountry

Team kami semasa membantu acara larian merentas desa untuk Lion Group 2008 di Komplek Rakan Muda Kamunting...Tahniah and Syabasss kerana menjayakan program tersebut.

Friday, August 22, 2008

Rose@Silverstone

Emmmm....timbul kembali..lama tak berkarya kat sini...sebenarnya takde idea.. byk sangat yang dipikirkan...last2 ambil photo bunga rose ni terasa teringin nak masukkan dalam blog..coz cantik..seperti menceritakan seribu kisah..bila terpandang photo tu..bermacam macam..boleh digambarkan...rasa satu2nya bunga rose yang kembang di dalam kawasan kilang tempat aku bekerja.....entah keesokan harinya..layu la kot bunga tu...so aku akan ambil photonya nanti......tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, July 17, 2008

MyTwin Bro

Hahahahah....ni la mytwin..lama tak bergambar bersama...

Saturday, July 12, 2008

Nasi Kandar Ganja

emmm..lama gak rasanya aku tak memblog ni...sekali lagi takde idea, maybe duk asik belajar adobe photoshop kot..so aku pun takde masa nak pk pasal blog...emmm arini dtg ckit idea nak memblog..aku xnak la blog aku ni jadi usang.....so dimulakan citer.. ni pasal nasik kandar ganja kedai ni rasanya famous gak kat area bandar ipoh...lama gak aku nak pi kat kedai ni..2-3 kali aku pi ipoh ngan incharge aku tak dpt la jumpa cari....so semalam aku berpeluang la mengunjungi kedai nasikandar ni.....mmg ramai org ..beratur panjang gak org untuk menunggu giliran ambil nasi kandar ganja tu....aku pun turut sama....apa yg bes ek...masa aku duduk di kl dulu ..ada gak nasi ayam ganja..beratur panjang gak org memebelinya.....emmmmm..hebat penanggan ganja ni ek...huhuhuh......

Friday, June 27, 2008

Kedamaian & Ketenangan

Eemm..lama rasanya aku tak update blog ni..disebabkan kesibukan keje n kepenatan bekerja. Aku kehilangan idea untuk memblog. so dengan ada msa yang singkat ni aku meng'edit' photo yang penah aku ambil dulu...bila aku tgk photo2 tu..rasa mcm tenang je jiwa ni kan....syok nya air yg mengalir dicelah-celah batu..nyamanya terasa.. bila aku tgk tasik yang membiru airnya..tenang rasa dijiwa...agaknya itu yang dicari oleh kaki pancing...walau mata kail dicampak ke dalam air yang belum tahu akan hasilnya..ketenangan air di tasik itu dapat memberi kesabaran kepada pemancing untuk menunggu jorannya mengena....tiba2..."oit hang tak turun ke bawah ke?" lorr aku kena tegur oleh boss aku la..huhuhu..k lah chau dulu....

Monday, June 16, 2008

Pecah Batu Trong

Panas...panas...fuh lega rasanya dapat lepak kat sini....sejuk nyaman suasana...nasib umah aku dekat ngan lokasi ni...so apa lagi....dengan cuaca yang panas terik ni...aku pun ke sini la..menyamankan diri..menghirup angin segara..kaki kesejukan terendam di dalam air...yg dngin..fuh!!..best giler...

Sabtu N Ahad

emmmm...ari sabtu lepas aku keje Halfday...so takde plan mana2...pada petangnya aku pergi lepak tempat biasa la, 1st kat warung pakpun dulu...dapatkan maklumat terkini hal2 dalam kg..then aku ke pot ke 2...Titi Serong laaa...tengok geng basa-basa bersatu memancing haruan...Emmm mmg banyak diorg dpt ikan Haruan pada petang sabtu tu....Ahmad Albab(gelaran jer) yang dapat raking no 1..coz dpt haruan paling besar petang dlm 1.3kg rasanya...so aku pun apa lagi dpat la..ambil pic ikan tu... nak tgk pic2 ikan tu kena la tgk kat blog satu lagi ni.. http://basabasabersatu.blogspot.com .....adiossss amigos...

Tuesday, June 10, 2008

Silverstonian Family Day'08

emmm ari sabtu lepas...warga-warga silverstonian melepaskan penat lelah dan bersuka ria bersama keluarga..di Bukit Merah LakeTown..Headcount 4701 yang hadir..bersesak-sesak la BMLaketwon tu diwarnai oren jer....semua org enjoy n fun...makan je jammed cikit..coz tau2 je la, bila main ngan air ni perut cepat lapar..so counter makanan kena serbu.....But semua orang enjoy..fun n sad pun ader gak, coz tak dpt bwa balik tv 29'n peti ais..huhuh......

Monday, June 9, 2008

Warung PakPun

Inilah tempat...warga kampung aku melepaskan penat lelah dorang seharian berkerja..di warung ni lah mcm2 cerita bleh dengar stat dari pagi sampai ke malam..mcm2 info bleh dapat...ni kira internet center la..wireless lagi tau... So..aku pun selalu melepak kat sini gak la...bila ujung minggu..sehari kedai ni tutup..abis semua orang kampung fenin..tak tau nak pot kat mana.. tp bagi kaki pancing ader je pot kami....nanti sy akan tunjuk di mana lokasinya...tungguuuuuuuuu.