Monday, May 17, 2010

ExSEMENTAB 86 - 90'

Ermmm..kali ni aku nak berkarya al-kisah kenangan zaman persekolahan menengah aku. agak2nya mana la pergi semua kekawan yang sama2 bersekolah ngan aku dulu di Sek.Men TaT Beng. Seronok bila teringat kembali zaman persekolahan, kalau ade la mesin "timezone" nak juga rasanya aku kembali ke zaman tu... Antara kekwn aku ni ader yang dah kembali ke rahmatullah yang paling aku ingat ialah arwah Zaini, dia mmg rapat ngan aku dr zaman sekolah rendah hingga ke menengah.. tapi ajal dia sampai dulu..Kami berkwn sehinggalah arwah bekerja di Kuala lumpur kilang Panasonic kat Sg.way dan aku bekerja sebagai Ahli Bomba di Damansara.Kami selalu kuar bersama.. aku pernah pergi ke sunway lagooon and Genting bersama arwah. Arwah mendapat rezeki yang baik apabila beliau di tawarkan masuk ke Maktab perguruan di Kedah. Kami berpisah selepas itu.. Paling mengejutkan berita pertama setelah kami berpisah arwah telah terlibat dengan kemalangan bersama rakan karib aku juga iaitu suhaimi..geng kamceng aku ..jadi aku kehilangan dua sahabat karib secara serentak. Mereka terlibat kemalangan di Bt8 Jalan Trong-Taiping pada hari jumaat. Aku bleh agak plan dorg ni merancang untuk ke Taiping selepas solat jumaat. dah akhirnya kedua-dua telah kembali ke rahmatullah buat selamanya..Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

Wednesday, May 5, 2010

Warisan..

Ermmm..lama gak tak memblog, takde idea..stress ngan keadaan keje yang entah apa2 entah..Al-kisahnya aku nak citer pasal warisan seni ni..dah lama aku tempah pisau ngan sarung kat "pak Jang" di kampung aku..Hasil seni buatan tangan beliau memang membanggakan..aku kagum ngan bakat beliau..dah takde anak melayu yang akan mewarisi bakat seperti tu.."Pak Jang" ni memang famous la orangnya..sapa2 yg nak buat ulu n sarung pisau sure "pak Jang" lah org yang sesuai untuk membuatnya.. Upah mengikut jenis kayu dah rekaan. Tapi bila org tengok hasilnya ..sure rasa bebaloi ngan upah. Jadi aku pun tempah lah 2 bilah.. untuk simpanan ..nanti bleh citer kat anak2 siapa yang membuat nya..mungkin masa dorang nanti ..dah takde semua ni...

Sunday, February 14, 2010

XTVT PEMUDA UMNO

slmz... kali ni aku nak tunjuk kat hangpa xtvt yg kami buat dihujung minggu,destinasi dia kat tempat persinggahan terakhir kita ..iaitu KUBUR!!!!!. So kami pemuda-pemuda didalam khairiah Surau Sg.Nyior iaitu terdiri dr pada pemuda2 kg.sg nyior, sg.baru, kg.jawa dan yg sewaktu dengan nya dpt meluangkan masa di pagi ahad 7/2/10.datang seawal pagi ke tanah perkuburan Sg.nyior bagi bersama-sama dengan Ketua Pemuda Parlimen Bkt Gantang dan beberapa AJK Pemuda untuk membina papan tanda tanah perkuburan hasil sumbang semua pemuda2 di dalam kampung dan juga Sumbangan dari KP Bkt Gantang iaitu Saudara TEN. Walaupun kehadiran tidak memuaskan tetapi kami berjaya menaikan tiang untuk meletakkan papan tanda tersebut.Hasil titik peluh kami akhirnya berjaya juga. Ini lagi satu perkembangan yang positif oleh Pemuda UMNO untuk membuktikan kesungguhan kami membela dan mempertahankan kekuatan Melayu tidak seperi pembangkang yang hanya gah dengan siri2 ceramah tetapi tidak ada hasil yg membuktikan mereka sayangkan perpaduan dan Melayu. Syabas untuk semua, semoga ALLAH memberkati apa yang telah kita lakukan dengan niat yang ekhlas. Aminnnn..

Friday, February 12, 2010

Ermmmm..wangian untuk lelaki, dah lama aku tak memilik wangian ni,dulu2 masa zaman ekonomi stabil aku pakai gak la wangian dari BodyShop ni...lepas pada tu ..dah tak pakai2...sebab nak beli al maklum la..harga bleh tahan. Jadi skrg ni bila ada belen2 cikit tu aku mula berani2kan diri...ermm mmg best bau dia..rasa segar jer..teringat masa aku pakai benda2 ni semua...huhu..kenangan di Pantai timur. So anyway bukan aku nak berlagak ke apa ke ... juz nak share kekadang sesuatu benda tu bila kita ulangi kembali sure ader kenangan terindah kan..dari segi bau ke, pakai ke , lagu2 ke...sure angpa pun ada kenangan mcm tu..apa2 pun setiap detik yang ditinggalkan tu akan menjadi kenangan dalam hidup kita buat masa kini sebelum kita di persinggahan terakhir...emm ade storie pasni..pasal persinggahan terakhir..tngguuuu.

Thursday, February 11, 2010

XTVT UJUNG MINGGU

Slmz...dah lama tak memblog ni, rasanya nak mula balik apa yg aku tinggalkan dah lama dulu. So nak dimulakan citer aku ni..emmm al kisah nya tentang main paintball lah..kekwn kat tempat keje baru aku ni suka main paintball, tiap2 bulan pi main paintball kat Gopeng/Jahang.So untuk memeriahkan suasana dan nak menckupkan batalion perang cat ni..aku pun join..seronok giler beb!!..mcm nak mati rasanya nak abiskan 500 pallet ngan bayaran sebyk RM75henget sorang.. tumporr.. teman yob oii.. apa2 pun mmg enjoy n dpt relase gak tensen masa keje tu. emmm kat sini aku letak beberapa keping gambar kenangan untuk angpa tengok and komen2 k...huh.